Wednesday, July 15, 2009
Dimana letaknya Rakyat didahulukan
100 hari sudah berlalu, banyak idea dan pengumuman pun sudah dibuat. Pengundi Manek Urai pun sudah membuat keputusan wakilnya. Disini saya, izinkan saya bertanya sekali lagi kepada PM, dimana letaknya rakyat didahulukan dengan pengumuman kenaikan tambang Teksi oleh Menteri berkaitan. Apa maksudnya penggunaan tol sebanyak 80 kali baru boleh dapat diskaun 20 peratus. Jika saya hanya mengguna tol sebanyak 79 kali pada bulan itu, perlukah saya semata mata bawa kereta pergi sekali lagi membayar tol untuk mendapatkan diskaun itu? Bila mana dalam dunia apabila kita bayar kehadapan (prepaid)kita tidak diberi diskaun. Menteri pelajaran mengatakan keputusan berkenaan PPSMI telah dibuat dan kerajaan tidak akan berubah. Jikakah itu satu keputusan yang silap, bagaimana? Tetapi Menteri Pelajaran lagi, kerajaan akan mendengar pandangan/ pendapat rakyat sahaja. Adakah itu konsep 1Malaysia? Saya merayu kepada PM sekali lagi untuk mengingatkan ahli ahli kabinet berkenaan konsep sebenar 1Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment